Cari @ Amanz

Mozilla hari ini telah memperkenalkan Firefox 28 secara rasminya untuk pengguna Windows, Mac dan juga Linux. Namun, secara kasarnya ia tidak menyertakan pelbagai perubahan seperti mana beberapa versi sebelum ini.

Melalui Firefox 28 untuk desktop, ia sekadar menyertakan penambahan sokongan codec VP9 sahaja. Untuk pengguna Mac OS X, pihak Mozilla dilihat menambah sokongan untuk OS X Notification Center bersama-sama kemaskini ini. Kemaskini kecil ini berkemungkinan kerana mereka telah membuang sokongan untuk paparan Metro untuk Firefox baru-baru ini yang mana sepatutnya hadir bersama-sama Firefox 28.

Mozilla sebelum ini mengatakan mereka membuangnya kerana tiada permintaan pengguna untuk versi tersebut. Ini juga mungkin kerana Firefox tidak ditawarkan melalui Windows Store, sebaliknya ditawarkan untuk pengguna desktop yang sedia mengemari paparan sedia ada.

Apa pun, untuk Firefox 28 versi Android, pihak Mozilla menyertakan beberapa sokongan baru, termasuk antaranya sokongan butang perkongsian pantas, sokongan OpenSearch, dan juga kemudahan pencarian melalui bar alamat.

Pengguna Firefox sedia ada boleh mengemaskini pemasangan anda, ataupun memuat-turunnya daripada laman rasmi Firefox hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd