Cari @ Amanz

Bercakap mengenai rekabentuk, walaupun Samsung membawakan rekaan yang selesa di tangan, namun ramai pengguna yang tidak menyukai rekaan yang lebih kurang sama dibawakan oleh Samsung pada peranti mereka.

Dalam memberikan idea bagaimana mereka melalui pelbagai proses pemilihan dan sebagainya, kini ia dilihat pihak Samsung dalam persiapan untuk melancarkan sebuah laman khusus dinamakan Samsung Design.

Untuknya, Samsung telah menerbitkan sebuah video teaser ringkas, dan memperlihatkan ia akan dilancarkan secara rasminya pada 27 Mac ini – pada tarikh sama pelancaran Samsung Galaxy S5 di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd