Cari @ Amanz

SKMMSejak beberapa minggu ini, berita berkenaan kehilangan misteri kapal terbang MH370 telah hangat diperkatakan. Perkara ini sekaligus membuatkan beberapa pihak tidak bertanggungjawab untuk mengambil peluang dengan menyertakan beberapa pautan berbentuk malware.

Bercakap mengenainya, hari ini pihak SKMM sekali lagi mengingatkan pengguna supaya berhati-hati ketika membuka pautan berita berkaitan dengannya. Selain beberapa pautan yang membawa kepada berita yang tidak tepat, sebahagian daripadanya juga turut menyertakan pautan berbentuk malware yang menghantar spam kepada kenalan anda di laman sosial.

Disamping pautan web, anda juga turut dinasihatkan untuk berhati-hati ketika memuat-turun aplikasi berkaitan dan menyemak senarai kebenaran yang diminta sesuatu aplikasi sebelum memasangnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd