Cari @ Amanz

Beberapa info berkaitan dengan Windows Phone 8.1 telah pun kedengaran beberapa minggu sebelum ini, dan paling terkini, melalui sebuah gambar yang tertiris ke arena web, ia dilihat Windows Phone 8.1 akan menyokong gambar latar pada Start Screen.

Windows Phone 8.1 Start Screen

Ia dikatakan implementasinya tidak akan diaktifkan, dan pengguna perlu mengaktifkannya secara manual. Perkara ini berkemungkinan kerana tidak semua aplikasi yang menyokong warna latar lutsinar pada tiles mereka untuk menjayakan penggunaan gambar latar ini.

Microsoft dilihat akan memperkenalkan Windows Phone 8.1 kepada pembangun pada bulan hadapan, sebelum ia menyusul kepada pengguna seluruh dunia beberapa bulan selepas itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd