Cari @ Amanz

Microsoft Remote Desktop PreviewMicrosoft sedia menawarkan aplikasi Remote Desktop untuk pengguna Android dan iOS sebelum ini, dan hari ini mereka memperluaskannya dengan memperkenalkan aplikasi sama dalam bentuk beta kepada para pengguna Windows Phone.

Menggunakan aplikasi tersebut, para pengguna boleh mengakses komputer Windows mereka, dan seterusnya membuat beberapa tugasan menggunakan desktop mereka – walaupun ketika berada di luar.

Apa pun, daripada percubaan kami, aplikasi ini hanya baru diterbitkan untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja, dan memerlukan pengguna mengubah tetapan negara sebelum dapat memuat-turunnya ke peranti anda. Pada masa yang sama, pengguna perlu menggunakan Windows Phone 8.1 Dev Preview untuk dapat menggunakannya, dan tidak lagi diperkenalkan kepada semua peranti.

Microsoft Remote Desktop Preview

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd