Cari @ Amanz

Pihak BlackBerry pada tahun ini dilihat akan hadir dengan beberapa peranti yang berspesifikasi sederhana dalam usaha menarik kembali pengguna menggunakannya. Untuknya, selain daripada BlackBerry “Jakarta”, pihak BlackBerry juga dilihat bakal hadir dengan BlackBerry “Kopi”.

Blackberry Kopi

Blackberry Kopi

Blackberry Kopi

BlackBerry “Kopi” ini dilihat akan menggunakan skrin bersaiz 3.2-inci, selain turut dilengkapi dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon MSM8960, bateri berkapasiti 2100mAh, port HDMI, dan hadir dengan sokongan rangkaian 3G.

Ia berkemungkinan adalah kemaskini kepada keluarga BlackBerry Q5 yang telah diperkenalkan BlackBerry sebelum ini, dan turut dilihat menyertakan beberapa elemen daripada peranti Blackberry lain seperti Z10 dan sebagainya.

Tarikh pelancarannya tidak diketahui lagi buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd