Cari @ Amanz

HP telah hadir dengan phablet mereka yang pertama pada awal tahun ini, dinamakan sebagai HP Slate 6 VoiceTab. Kini, selang beberapa bulan selepas pengenalannya, ia telah mula ditawarkan di pasaran tempatan.

HP Slate 6

HP Slate 6 VoiceTab ini menggunakan skrin bersaiz 6-inci dengan resolusi 1280×800 pixel. Ia menggunakan sistem operasi Android, selain turut dilengkapi cip empat-teras 1.2Ghz, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan juga sokongan speaker pada bahagian hadapan.

Phablet ini turut dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM, dimana ia hadir dalam sokongan satu SIM biasa dan satu SIM bersaiz mikro.

Di Malaysia, phablet berasaskan Android daripada HP ini dijual pada harga RM999.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd