Cari @ Amanz

Huawei mempunyai beberapa telefon pintar berasaskan Android, dan daripadanya, peranti utama mereka yang dinantikan ramai setiap tahun adalah keluarga Ascend P. Mengikut laporan terbaru, Huawei dikatakan akan memperkenalkan Huawei Ascend P7 pada awal bulan Mei ini.

Sebelum ini, pelbagai gambar dan sebagainya telah sedia tertiris, memperlihatkan Ascend P7 akan menyertakan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel, memori 2GB RAM, dan dilengkapi cip pemprosesan empat-teras 1.6Ghz. Peranti ini turut akan dilengkapi antaramuka EmotionUI daripada Huawei, dan dilengkapi bateri berkapasiti 2460mah.

Mungkin kita akan mendengar lebih banyak mengenai fungsi baru serta bilakah peranti ini akan dipasarkan ketika pelancarannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd