Cari @ Amanz

Dengan beberapa pengeluar telah mula memperkenalkan kemaskini antaramuka untuk tema peranti mereka, pihak LG nampaknya tidak ketinggalan. Hari ini, beberapa gambar tertiris, memperlihatkan rekaan yang lebih mendatar bakal dibawakan oleh LG bersama-sama telefon pintar baru mereka kelak – LG G3.

LG G3 UI

Melalui kemaskini antaramuka ini, pihak LG turut dilihat membawakan fungsi seumpama Google Now yang dipanggil “Concierge”. Menggunakannya, ia memaparkan beberapa tips masa-nyata menggunakan beberapa data semasa pada peranti.

Daripada paparan skrin yang tertiris, ia memperlihatkan memberikan amaran untuk pengguna membawa payung – berdasarkan kepada data cuaca lokasi semasa pengguna.

Selain daripada rekaan dan fungsi baru ini, paparan skrin yang tertiris ini membawakan resolusi 2560×1440 pixel, sekaligus memperlihatkan yang mana LG G3 akan dilengkapi dengan skrin QHD bersama-sama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd