Cari @ Amanz

Motorola sebelum ini telah hadir dengan Moto G yang mana menarik minat ramai pengguna seluruh dunia, dan turut dikatakan antara peranti Motorola yang berjaya. Kini, pengeluar telefon tersebut dilihat ingin menyiapkan satu lagi peranti baru, dinamakan sebagai Moto E.

Motorola Moto G

Moto E ini kelak dikatakan akan menggunakan skrin bersaiz 4.2-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, memori 1GB RAM, kamera belakang 5-megapixel dan dilengkapi bateri 1900mAh.

Moto E ini dilihat membawakan spesifikasi yang lebih rendah berbanding Motorola Moto G. Apa pun, dari segi rekabentuk, ia dikatakan Moto E akan menggunakan kerangka yang lebih nipis dan kompak berbanding Moto G.

Tarikh pasti berkenaan pelancaran Moto E ini masih tidak diketahui lagi. Selain Moto E, pihak Motorola juga turut dijangka akan memperkenalkan Moto X+1 tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd