Cari @ Amanz

Setelah mengalami sedikit penangguhan sebelum ini, hari ini Microsoft telah pun secara rasminya mengumumkan yang mana pengambil-alihan bahagian peranti dan perkhidmatan Nokia akan diselesaikan sepenuhnya pada hari Jumaat ini.

Dengan pengambil-alihan ini, ia akan membuatkan beberapa perubahan, termasuk pengeluaran peranti oleh pihak Microsoft, disamping pengurusan laman Nokia.com dan laman sosial milik Nokia sehingga setahun oleh Microsoft.

Stephen Elop yang mengetuai Nokia sebelum ini turut akan berpindah ke Microsoft dan akan mengetuai bahagian peranti di sana.

Sebelum ini, pada bulan September yang lepas, pihak Microsoft telah menyatakan akan membeli bahagian peranti Nokia pada harga mencecah RM23.76 bilion, sekaligus membuatkan pihak Nokia memfokuskan kepada beberapa perniagaan lain, termasuk HERE Maps dan juga perkhidmatan rangkaian telekomunikasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd