Cari @ Amanz

oneplus-baringOnePlus merupakan syarikat baru bagi pengeluar telefon dan mereka bakal hadir dengan peranti baru pada esok hari yang dinamakan sebagai OnePlus One. Kini, sehari sebelum ia dilancarkan, beberapa maklumat seperti gambar dan spesifikasi OnePlus One telah tertiris ke arena web.

OnePlus One dikatakan bakal membawa skrin sebesar 5.5-inci 1080p, cip pemprosesan empat-teras Qualcomm Snapdragon 801 2.5GHz, memori sebesar 3GB RAM, dan hadir dengan sokongan LTE padanya. Dari segi kamera pula, ia kelak bakal didatangkan dengan kamera Sony Exmor 13-megapiksel f/2.0 selain hadir dengan muatan bateri sebesar 3100 mAh.

Menurut maklumat yang tertiris juga, setiap pembelian OnePlus One turut dibekalkan dengan kerangka StyleSwap yang boleh ditukar dan ditawarkan dalam variasi storan 16GB dan 64GB.

oneplus-back

Yang menariknya, OnePlus One bakal menjalankan versi baru CyanogenMod 11S yang hadir dengan pelbagai fungsi dan beberapa elemen grafikal baru bersama-sama dengannya.

OnePlus Screenshot

Peranti ini dikatakan bakal dijual di bawah harga $400 USD (~RM1299) dan perkara ini semestinya menarik minat ramai pihak dengan melihat penawaran spesifikasi yang hadir bersama peranti OnePlus One ini.

oneplus-tepi

Namun sebagai permulaan, OnePlus One hanya diperkenalkan di 16 buah negara sahaja seperti Austria, Belgium, Kanada, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Hong Kong, Itali, Belanda, Portugal, Sepanyol, Sweden, Taiwan, United Kingdom, Amerika Syarikat, dan masih tidak ketahui bilakah ia bakal memasuki pasaran Malaysia.

Kesemua maklumat rasmi mengenai peranti OnePlus One bakal diketahui pada 23 April ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd