Cari @ Amanz

Ada kalanya kita ingin menyalin teks daripada sesuatu gambar, tetapi tidak boleh melakukannya kerana ia berada dalam gambar. Kini, melalui Project Naptha, ia cuba mengatasinya dan membolehkan pengguna menyalin teks dari sesuatu gambar dengan mudah.

Project Naptha hadir dalam bentuk pemalam untuk Chrome (buat masa ini), dimana selepas memasangnya pada komputer anda, ia akan membolehkan pengguna menyalin teks dengan hanya klik-kanan pada bahagian teks.

Project Naptha

Menariknya, selain menyalin, pengguna juga turut boleh membuat terjemahan masa-nyata menggunakan fungsi klik-kanan.

Apa pun, memandangkan ia menggunakan algoritma tersendiri, maka terdapat kadang-kala teks yang disalin tidak menyerupai teks asal, dan terdapat beberapa perbezaan dengan versi asal. Mungkin ia akan bertambah baik dengan pembangunannya dari hari ke hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd