Cari @ Amanz

Samsung pernah hadir dengan telefon pintar yang menyertakan sokongan projektor sebelum ini, dinamakan sebagai Galaxy Beam. Kini, kemaskini untuknya turut diperkenalkan, dinamakan sebagai Galaxy Beam 2.

Samsung Galaxy Beam 2

Dari segi spesifikasi, Galaxy Beam 2 ini dilengkapi dengan cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, skrin TFT bersaiz 4.66-inci, bateri berkapasiti 2600mAh, serta memori bersaiz 1GB RAM.

Untuk bahagian projektor, ia menyokong paparan resolusi WVGA dan turut hadir dengan beberapa aplikasi khusus untuknya.

Buat masa ini, Galaxy Beam 2 ini dilihat hanya ditawarkan untuk pasaran di China sahaja, dan tidak diketahui sama ada akan diperluaskan ke pasaran global ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd