Cari @ Amanz

Nampaknya, walaupun Galaxy S5 membawakan sokongan kalis air, pihak Samsung masih mempunyai satu lagi peranti yang memfokuskan kepada ketahanan dari segi kalis air dan tahan lasak, dikenali dengan nama Galaxy S5 Active.

Spesifikasi penuh peranti ini masih tidak diketahui sepenuhnya, tetapi daripada info terbaru yang hadir tertiris daripada @evleaks, ia memperlihatkan peranti Galaxy S5 Active akan hadir dengan pelbagai pilihan aplikasi padanya.

Memandangkan Galaxy S5 sedia membawakan sokongan kalis air, mungkinkah Galaxy S5 Active akan membawakan ketahanan air, termasuk boleh digunakan dalam air seperti Xperia Z2? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Samsung berkaitan dengannya tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd