Cari @ Amanz

Samsung telah memperkenalkan kamera digital versi mini mereka, Samsung NX Mini pada bulan Mac yang lepas. Kini, selang sebulan, kamera digital tersebut telah pun mula dijual di Malaysia, dimana ia membawakan harga saranan jualan RM1399.

Samsung NX Mini

Samsung NX Mini masih mengekalkan rekaan seumpama variasi bersaiz besar kamera tersebut, dan menyertakan skrin boleh flip 180-darjah bersaiz 3-inci, serta dilengkapi dengan sokongan NFC dan juga WiFi.

Untuk bahagian kamera, ia menyertakan sensor 20.5-megapixel BSI, membolehkan pengguna merakamkan gambar pada kepantasan shutter sehingga 1/16000 saat. Seperti kamera NX, pengguna turut boleh menggunakan lensa tambahan padanya, tetapi memerlukan mereka mendapatkan sebuah aksesori tambahan – NX-M Mount Adapter.

Samsung NX Mini

Apa pun, bagi mereka yang tidak mempunyai kamera NX sebelum ini, pihak Samsung turut menawarkan lensa yang dikhaskan untuk NX Mini ini, iaitu NX-M 9mm F3.5 ED, dan juga NX-M 9-27mm F3.5-5.6 ED OIS. Kedua-dua lensa ini akan dijual berasingan bermula 1 Jun kelak, dimana masing-masing membawakan harga RM659 dan juga RM929.

Kamera Samsung NX Mini pula dijual pada harga RM1399 dan telah boleh didapati daripada para pengedar rasmi Samsung seluruh negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd