Cari @ Amanz

Microsoft hari ini membawa sedikit perubahan dari segi penawaran panggilan video di Skype, dimana fungsi “Group Video Call” yang ditawarkan untuk pengguna Premium sebelum ini kini telah mula ditawarkan secara percuma.

Skype Group Video Call

Fungsi “Group Video Call” boleh dikatakan salah satu fungsi yang menjadi tarikan di Google Hangout, dimana ia membolehkan pengguna berinteraksi dalam bentuk masa-nyata bersama-sama lebih daripada satu rakan mereka dengan mudah.

Ia juga amat sesuai untuk digunakan dalam perusahaan dan sebagainya. Sebelum ini, Skype mengenakan caj sebanyak $8.99 untuk Skype Premium yang turut menawarkan beberapa sokongan tambahan bersama-sama panggilan video berkumpulan ini.

Dengan pengenalan ini, semestinya ia akan menarik lebih ramai untuk menggunakan perkhidmatan Skype, sekaligus membolehkan ia bersaing secara lebih aktif bersama-sama beberapa penyedia yang lain. Pengenalan fungsi ini dimulakan daripada platform Windows dan Mac, serta bakal diperluaskan ke platform lain tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd