Carian
Spotify Memperkenalkan Antaramuka Baru Yang Selari Untuk Aplikasi Mudah-Alih, Desktop Dan Web
April 2, 2014 Aman

Spotify merupakan salah satu perkhidmatan penstriman lagu yang boleh dikatakan popular di Malaysia. Terkini, hari ini mereka memperkenalkan beberapa perkara baru, termasuk yang menjadi fokus utama – rekabentuk baru yang selari untuk ke semua aplikasi mereka.

Spotify Baru - Desktop

Spotify Baru - Desktop

Spotify Baru - Desktop

Rekabentuk baru ini membawakan rekaan dengan tema berwarna gelap, disamping turut menyertakan kemaskini dari segi tipografi dan juga icon yang diperbaharui.

Selain daripada kemaskini pada antaramuka, pihak Spotify turut menyertakan sebuah fungsi baru yang dinamakan sebagai Your Music.

Your Music dilihat memudahkan pengguna dalam menyimpan, menguruskan dan melihat pelbagai muzik-muzik kegemaran mereka pada satu tempat, dan di selarikan pada semua platform.

Disamping itu, pada bahagian “Browse” pula, pihak Spotify kini memperlihatkan kandungan yang lebih relevan – dioptimasikan mengikut geolokasi dan juga masa, sekaligus memudahkan anda melihat dan mendengar muzik yang bersesuaian dengan masa – seperti pada waktu pagi, waktu nak tidur dan sebagainya.

Kemaskini baru ini dan juga fungsi Your Music dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat oleh Spotify untuk semua platform secara berperingkat. Ia dilihat akan dimulakan dengan pengenalan pada iPhone dan desktop terlebih dahulu.

Spotify Baru - iPhone

Spotify Web Baru

Komen