Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan beberapa peranti baru dibawah jenama mereka, dimana dua penghala baru diperkenalkan, termasuk satu TV Box baru yang dinaik-taraf daripada versi sedia ada.

Sebelum ini, kami telah hadir dengan spekulasi yang mana Xiaomi akan memperkenalkan tablet mereka. Nampaknya, peranti yang membawakan rekaan seumpama tablet Yoga daripada Lenovo tersebut bukanlah sebuah tablet, tetapi merupakan penghala bersaiz mini daripada Xiaomi.

Xiaomi Mi Router Mini

Spesifikasi penuh penghala berkenaan tidak diketahui buat masa ini, tetapi ia dilihat hadir dalam beberapa pilihan warna. Rekaannya juga agak unik jikalau dibandingkan dengan beberapa penghala yang lain di pasaran.

Xiaomi Mi Router

Selain penghala bersaiz mini, mereka turut hadir dengan Mi Router yang mana membawakan sokongan WiFi 802.11 ac (dual-band), dan turut dilengkapi dengan ruangan storan sebesar 1TB.

Melengkapkan pengenalan produk baru mereka hari ini adalah kemaskini kepada Mi Box yang pernah diperkenalkan sebelum ini, dimana versi kemaskini ini membawakan sokongan 4K, menggunakan cip pemprosesan empat-teras 4GHz, dan juga memori 2GB RAM.

Xiaomi Mi Box

Pada pengenalan produk ini juga, pihak Xiaomi turut menekankan yang mana mereka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Namun, adakah kesemua produk ini akan turut ditawarkan, ataupun hanya telefon pintar sahaja untuk permulaan masih menjadi tanda tanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd