Cari @ Amanz

Komputer riba terbaik di dunia ialah Apple MacBook Pro  manakala sistem operasi mobil paling bagus pula ialah Android. Di dalam dunia mesin hampagas berteknologi tinggi pula Dyson adalah jenama yang paling terkemuka dengan harga yang tidak mesra marhaen. Pagi tadi Dyson melancarkan Dyson Cinetik, mesin  hampagas terkini mereka. Cinetik berbeza dari model Dyson yang lain kerana ia mempunyai sistem twin cyclone dan sistem sedutan tanpa penapis yang perlu dibersihkan. Sistem hampagas tanpa beg ciptaan Sir James Dyson sudah wujud sejak 1996 lagi. Tetapi sebelum ini ia memerlukan sistem penapis udara yang dipasangkan pada motor hampagas dan kebuk pengumpul debu sedutan. Penapis udara ini perlu dibersihkan sebulan sekali bagi memastikan sedutan pada tahap optimum dan menyaring udara yang disedut keluar dari vacuum dari partikel debu.  Sistem tanpa penapis Cinetik akan mengurangkan keperluan menyelenggara mesin hampagas Dyson. Dyson Cinetik kini sudah mula dijual pada harga RM 3199. Pihak Dyson Malaysia kini mengadakan sesi demonstrasi hampagas terkini mereka di The Curve sehingga hujung minggu ini.

cinetic

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd