Cari @ Amanz

Mark Zuckerberg hari ini telah memulakan acara Facebook F8 untuk para pembangun, berkongsi mengenai beberapa perkembangan semasa yang disediakan oleh Facebook untuk para pembangun seluruh dunia.

Pada acara ini, dalam usaha memudahkan para pembangun untuk membangunkan aplikasi mereka, Mark Zuckerberg juga turut memulakan tema baru, “People First” dalam memberikan lebih pilihan kepada para pengguna.

F8 - Mark Zuckerberg

Salah satu perkara baru yang diperkenalkan adalah dimana Facebook akan kelak memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk apa yang mereka ingin kongsikan bersama-sama sesuatu aplikasi.

Untuk makluman, kebanyakkan aplikasi hari ini menggunakan sokongan log masuk menggunakan Facebook. Melalui kemaskini baru ini, ia akan membolehkan pengguna untuk memilih dengan lebih mendalam berkenaan apakah yang ingin dikongsikan bersama-sama aplikasi berkenaan, dan apakah yang tidak ingin dikongsikan.

F8 - Mark Zuckerberg

Selain itu, satu lagi perkara baru yang diperkenalkan Mark Zuckerberg adalah fungsi “Anonymous Login”. Seperti pada namanya, pengguna boleh menggunakan dan menguji sesuatu aplikasi baru tanpa perlu menggunakan identiti sebenar mereka, dan menggunakan fungsi tersebut. Ia akan membolehkan pengguna menguji sesuatu perkhidmatan tanpa perlu memberi data mereka kepada pihak ketiga, dan menyambung menggunakannya menggunakan identiti sebenar sekiranya menyukainya.

F8 - Mark Zuckerberg

Seperti biasa, memandangkan ia baru diumumkan untuk para pembangun, maka fungsi ini akan mengambil sedikit masa sebelum disokong pada aplikasi ketiga yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd