Carian
Google+ Untuk Android Dikemaskini – Antaramuka Baru Dan Pelbagai Fungsi Menarik
May 21, 2014 Aman

Google hari ini memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi sosial mereka, Google+ di Android, dimana ia menyertakan beberapa perubahan drastik, terutamanya dari segi antaramuka aplikasi berkenaan.

Kini Google+ untuk Android dilihat menyertakan antaramuka yang serba baru, dan mungkin perkara sama akan diimplementasikan pada pelbagai aplikasi Google yang lain dalam masa terdekat ini.

Google+ Android 4.4

Google+ Android 4.4

Google+ Android 4.4

Selain daripada antaramuka, kemaskini baru ini turut menyertakan beberapa fokus terhadp gambar dan video. Salah satunya adalah sokongan Auto Awesome Stories yang mana menyertakan gabungan gambar, video dan lokasi yang anda pernah singgah dalam menghasilkan sebuah kisah yang menarik. Disamping itu, fungsi Auto Awesome Movies juga kini turut hadir pada Android, memudahkan pengguna melihat video yang dijana oleh Google+ secara automatik pada peranti mudah-alih mereka.

Beberapa fungsi lain termasuk adalah sokongan membuat GIF, paparan kandungan penuh pada halaman profil, sokongan perkongsian lokasi, menu navigasi yang baru, dan beberapa perkara yang lain.

Kemaskini Google+ untuk Android ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan anda mungkin menerimanya dalam masa beberapa hari lagi.

Komen