Cari @ Amanz

Huawei hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka yang dinantikan ramai, iaitu Huawei Ascend P7. Ia hadir daripada salah satu keluarga utama peranti Huawei, dan membawakan rekaan yang lebih kurang sama seperti Huawei Ascend P6 sebelum ini.

Huawei Ascend P7

Dari segi spesifikasi, Ascend P7 membawakan skrin bersaiz 5-inci dan dilengkapi dengan Gorilla Glass 3, paparan resolusi pada 1920×1080 pixel, cippemprosesan empat-teras HiSilicon Kirin 910 SoC 1.8GHz, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB bersama-sama sokongan kad mikro-SD.

Menariknya pada peranti ini adalah bahagian kamera, dimana ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel dengan sensor daripada Sony, selain kamera hadpaan 8-megapixel yang mana semestinya menjadi pilihan ramai pengemar selfie.

Huawei juga turut melengkapkan peranti ini dengan sokongan LTE, salah satu perkara yang tidak terdapat pada Ascend P6 sebelum ini.

Dari segi antaramuka pula, ia kini menggunakan Emotion UI 2.3, dan dijana menggunakan Android 4.4 KitKat. Beberapa fungsi baru turut hadir termasuk Permission Manager dan juga sokongan penjimatan kuasa yang dikemaskini.

Huawei menjadualkan untuk memperkenalkan ia di pasaran Malaysia pada bulan Mei ini, tetapi kami rasakan mungkin ia akan hanya hadir sekitar Jun kelak. Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan dengannya dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd