Cari @ Amanz

Huawei dalam usaha untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka di Malaysia, selain melancarkan VMall, mereka juga turut telah membuka kedai flagship pertama mereka di Malaysia, yang terletak di Plaza Lowyat.

Huawei Flagship Store

Photo 2

Melalui kedai ini, ia menawarkan pengguna untuk melihat dan mencuba pelbagai peranti dan aksesori daripada Huawei, selain melakukan pembelian disana.

Dengan pengenalan kedai flagship ini, ia menjadikan jumlah kedai Huawei di Malaysia mencapai angka 32 buah kedai, selain penawaran kedai online mereka, VMall.

Sebelum ini, pada awal minggu ini, Huawei telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Honor 3C yang dilihat menerima angka tempahan yang tinggi. Honor 3C dijual pada harga RM499 di Malaysia. Selain Honor 3C, pihak Huawei juga dilihat menyasarkan untuk memperkenalkan beberapa peranti lain di pasaran Malaysia dalam masa terdekat ini.

Mungkinkah kita akan dapat melihat jenama Huawei digunakan dengan lebih meluas oleh pengguna tempatan selepas ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd