Carian
Microsoft Berkongsi Mengenai Beberapa Fungsi Baru Di Windows Phone 8.1
May 20, 2014 Aman

Bersempena dengan pelancaran Nokia Lumia 630 di Malaysia, pihak Microsoft turut mengambil kesempatan untuk berkongsi beberapa fungsi baru yang disertakan bersama-sama kemaskini platform operasi Windows Phone 8.1.

Action Center

Windows Phone - Action Center

Menjadi fokus utama adalah sokongan Action Center. Melalui Action Center, pengguna boleh menatal dari atas skrin ke bawah untuk melihat notifikasi daripada pelbagai aplikasi, dan juga akses ke beberapa tetapan pantas. Perkara ini memudahkan pengguna mengikuti pelbagai kemaskini pada satu lokasi, dan ia merupakan salah satu fungsi yang dinantikan ramai pengguna Windows Phone.

Sense

Windows Phone  - Sense

Sense dilihat sebagai salah satu sokongan untuk menambah-baik tawaran pada peranti Windows Phone. Meallui Windows Phone 8.1, pihak Microsoft menyertakan beberapa fungsi baru, termasuk Battery Saver untuk menjimatkan dan memanjangkan masa penggunaan bateri, Data Sense untuk melihat penggunaan data dan mengawalnya sama ada pada talian pengguna ataupun pada WiFi, dan juga Storage Sense untuk mengoptimasikan penggunaan storan pada peranti.

Papan Kekunci Word Flow

Windows Phone - Word Flow

Papan kekunci pada Windows Phone 8.1 dikemaskini dengan sokongan Word Flow, dimana ia membolehkan pengguna melakukan input dengan meleretkan jari dari satu huruf ke huruf yang lain – seumpama fungsi pada SwiftKey dan Swype.

Ia hanya menyokong bahasa Inggeris sahaja, dan tidak menyertakan sokongan bahasa Malaysia buat masa ini. Apa pun, pengguna boleh melakukan penambahan perkataan secara manual padanya buat masa ini.

Start Screen

Windows Phone - Start

Skrin Start turut dikemaskini, dimana kini ia menyokong paparan gambar latar pada Tiles, disamping pengguna boleh memilih untuk menambah lajur tambahan pada skrin Start – sekaligus memaparkan lebih banyak kandungan pada skrin utama peranti mereka.

Sokongan Akaun iCloud

Windows Phone - iCloud

Pengguna kini turut boleh menambah sokongan iCloud pada pilihan akaun di Windows Phone 8.1.

Cortana – Tidak Ditawarkan Di Malaysia

Windows Phone - Cortana

Windows Phone - Cortana

Satu lagi fungsi baru yang hadir pada Windows Phone 8.1 adalah Cortana. Ia menawarkan fungsi bantuan maya pintar – seumpama Siri dan juga Google Now.

Apa pun, ia tidak ditawarkan untuk pengguna di Malaysia buat masa ini. Namun, pengguna boleh mengaktifkannya dengan mengubah tetapan negara dan bahasa mereka ke “Amerika Syarikat”.

Windows Phone Cortana


Jadi, itu adalah antara fungsi baru yang hadir bersama-sama Windows Phone 8.1. Pihak Microsoft mengatakan peranti Lumia sedia ada akan menerima kemaskini tersebut dalam masa beberapa bulan lagi.

Buat para pembangun, anda boleh mengujinya melalui versi pembangunan yang ditawarkan untuk mereka.

Komen