Cari @ Amanz

Dalam menjadikan persembahan PowerPoint anda lebih interaktif dan mudah dikongsikan melalui web, pihak Microsoft kini telah menyediakan sebuah pemalam khusus untuk PowerPoint 2013 yang dinamakan sebagai Office Mix.

Office Mix

Office Mix yang boleh dikatakan masih dalam peringkat beta ini membolehkan pengguna membuat fail PowerPoint mereka lebih interaktif, dimana pengguna boleh merakamkan persembahan mereka dengan audio, sekaligus menjadikan ia mudah untuk dirujuk sesiapa pada masa akan datang.

Selain itu, pengguna juga turut boleh menambah kandungan daripada pelbagai aplikasi lain dalam menjadikan fail persembahan mereka lebih menarik termasuk daripada Khan Academy dan sebagainya.

Sebaik sahaja selesai merakamkan dan menyunting kandungan anda menggunakan Office Mix, pengguna turut boleh menerbitkan ia terus ke laman Mix dengan hanya satu klik, dan seterusnya berkongsi bersama-sama pengguna lain melalui laman khusus daripada Microsoft itu.

Apa pun, sekiranya pengguna tidak ingin menerbitkan ia, dan mungkin sekadar ingin berkongsi dengan sekumpulan kecil sahaja, pengguna boleh memilih pilihan untuk menyimpan ia dalam bentuk MP4 dan menontonnya menggunakan sebarang pemain media.

Bagi mereka yang selalu menggunakan PowerPoint, mungkin boleh memuat-turun Office Mix hari ini, dan hadir dengan pelbagai persembahan interaktif menggunakannya. Selain daripada Office Mix, baru-baru ini pihak Adobe turut hadir dengan aplikasi lebih kurang sama untuk iPad, dinamakan sebagai Adobe Voice.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd