Carian
Restoran Capital Nasi Dagang Kelantan Mula Menerima Pembayaran Menggunakan Bitcoin
May 17, 2014 Aman

Bitcoin nampaknya menerima perhatian sedikit demi sedikit di Malaysia, dimana terkini ia dilihat salah satu restoran di Lembah Klang, iaitu Restoran Capital Nasi Dagang telah mula menerima pembayaran dalam bentuk Bitcoin.

Bitcoin Restoran Capital

Restoran yang terletak di Damansara Utama ini menawarkan pembayaran dalam bentuk Bitcoin sebagai salah satu bentuk pembayaran alternatif selain mod pembayaran biasa.

Untuk menggunakan pembayaran dalam bentuk Bitcoin, Capital Nasi Dagang ini menggunakan sebuah aplikasi khas, dinamakan Bitcoin POS. Melaluinya, ia mengira penerimaan pembayaran Bitcoin untuk sesuatu hari, dan seterusnya mendepositkan jumlah amaun tersebut kedalam akaun pemilik perniagaan pada keesokkan harinya.

Sebelum ini, pada awal tahun pihak Bank Negara telah mengumumkan yang mana Bitcoin tidak diiktiraf di Malaysia dan perlu digunakan pada risiko sendiri. Apa pun, ia masih mempunyai peminatnya tersendiri, selain ada beberapa pihak di Malaysia yang menerima pembayaran melalui Bitcoin.

Komen