Carian
Samsung Menjadualkan Acara Khas Pada 12 Jun – Bakal Memperkenalkan Tablet Baru
May 15, 2014 Aman

Samsung hari ini dilihat berkongsi jemputan media mereka untuk acara khas yang bakal diadakan pada 12 Jun kelak. Daripada jemputan media yang dikongsikan melalui laman Facebook, ia dilihat acara tersebut akan memfokuskan kepada pengenalan tablet baru daripada mereka.

Samsung 12 Jun

Apakah keluarga tablet yang bakal diperkenalkan masih tidak diketahui sepenuhnya. Apa pun, mengikut pelbagai ketirisan baru-baru ini, berkemungkinan pihak Samsung akan memperkenalkan Galaxy Tab S pada acara berkenaan.

Mengikut info yang tertiris sebelum ini, Galaxy Tab S dilihat akan membawakan rekaan lebih kurang menyerupai Galaxy S5, selain mana turut dilengkapi beberapa fungsi sama, termasuk pengimbas cap jari dan sebagainya.

Pihak Samsung turut dijangka akan membuat siaran langsung acara pelancaran mereka ini melalui saluran YouTube rasmi mereka.

Komen