Cari @ Amanz

Selang beberapa minggu selepas Galaxy Tab 4 diumumkan oleh pihak Samsung, kini Samsung Malaysia turut sama telah mula menawarkan siri tablet terbaru daripada mereka untuk pasaran tempatan.

Samsung Galaxy Tab 4

Dua variasi tablet Galaxy Tab 4 ditawarkan, iaitu yang bersaiz 7-inci dan juga yang bersaiz 10.1-inci. Dari segi spesifikasi lain, ia dilihat membawakan penawaran sama, iaitu cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, memori 1.5GB RAM, kamera belakang 3-megapixel, dan juga kamera hadapan 1.3-megapixel.

Samsung Galaxy Tab 4 7

Versi 10.1-inci dilihat hadir dengan sokongan LTE, sementara versi 7-inci hanya menawarkan sokongan 3G sahaja.

Perkara lain yang turut disertakan adalah termasuk penggunaan Android 4.4 KitKat, dan pelbagai jenis aplikasi daripada Samsung. Seperti biasa, tablet ini membawakan antaramuka khusus daripada Samsung padanya.

Galaxy Tab 4 bersaiz 7-inci bakal ditawarkan bermula 26 Mei di Malaysia, sementara yang bersaiz 10.1-inci akan ditawarkan bermula 19 Mei kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd