Carian
FourSquare Menerbitkan Aplikasi Swarm Untuk Android Dan iOS
May 16, 2014 Aman

FourSquare pada minggu lepas telah berkongsi akan perancangan mereka untuk membahagikan aplikasi mereka kepada dua, dan hari ini, mereka telah pun melancarkan aplikasi Swarm untuk para pengguna peranti Android dan juga iOS.

Swarm FourSquare

Swarm daripada FourSquare ini akan memfokuskan kepada sokongan daftar-masuk lokasi, dimana pengguna boleh melihat lokasi semasa rakan-rakan mereka pada sesuatu masa, dan melihat siapakah yang berdekatan dengan anda.

Aplikasi Swarm juga turut hadir dengan sokongan permesejan, dimana anda boleh menghantar mesej kepada rakan-rakan berdekatan anda terus menggunakan aplikasi berkenaan.

Bagi para pengguna Android dan iOS, anda boleh memuat-turun aplikasi Swarm ini secara percuma, dan menggunakannya dalam berkongsi lokasi bersama rakan-rakan anda dengan mudah.

Komen