Cari @ Amanz

Selain daripada Huawei, satu lagi syarikat pengeluar peranti daripada China yang telah mengumumkan peranti baru mereka adalah Vivo. Telefon pintar berspesifikasi tinggi terbaru daripada mereka dikenali sebagai Vivo Xshot.

Vivo Xshot

Seperti Ascend P7, ia turut dilengkapi dengan Android 4.4 KitKat, dan ia menggunakan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan 1080p. Telefon pintar ini turut menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 801, memori sebanyak 3GB RAM, dan turut hadir dengan kamera belakang 13–megapixel daripada Sony yang boleh merakam video 4K.

Vivo turut dilihat menggunakan konsep seumpama Oppo yang hadir dengan dua variasi peranti, dimana variasi Vivo Xshot yang berharga sedikit murah akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800 2.3GHz dan juga memori sebanyak 2GB RAM.

Vivo Xshot

Apa pun, ia masih tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan hadir ke pasaran tempatan ataupun tidak. Pada tahun ini, kita sedia lihat beberapa syarikat dari China yang melebarkan sayap mereka, termasuk Xiaomi, dan Oppo, selain Huawei yang turut mula mengukuhkan kedudukan mereka di Malaysia. Mungkinkah kelak Vivo turut akan memasuki pasaran tempatan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd