Cari @ Amanz

Nampaknya Xiaomi benar-benar ingin menarik minat pengguna tempatan dengan menawarkan pelbagai peranti mereka pada harga rendah. Selain Mi 3 yang akan dijual pada harga RM889, pihak Xiaomi juga dilihat akan menawarkan salah satu aksesori mereka, Mi PowerBank untuk pasaran tempatan.

Xiaomi Power Bank

Mi Power Bank yang akan ditawarkan adalah yang berkapasiti 10400mAh, dan akan dijual pada harga RM36 melalui laman web rasmi mereka bermula 20 Mei kelak.

Xiaomi turut menyediakan sebuah halaman khusus untuknya, mengatakan ia hadir dengan kerangka berasaskan aluminium, serta dilengkapi teknologi sel bateri daripada LG dan juga Samsung.

Daripada carta yang disediakan oleh Xiaomi, menggunakan Mi Power Bank, pengguna boleh mengecas semula iPad Mini sebanyak 1.5 kali, dan iPhone 5S sebanyak 4.5 kali.

Mungkinkah penyertaan Xiaomi ke Malaysia akan mengubah landskap penawaran harga beberapa peralatan elektronik di Malaysia?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd