Cari @ Amanz

Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, kami bersama-sama beberapa penaja menyediakan beberapa hadiah menarik untuk para pembaca melalui giveaway ringkas. Untuk permulaan, hari ini pihak BlackBerry Malaysia menaja sebuah telefon pintar berspesifikasi tinggi daripada mereka, iaitu BlackBerry Z30.

BlackBerry Z30

BlackBerry Z30 merupakan telefon pintar bersaiz 5-inci dengan paparan 1280×720, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon S4 Pro 1.7Ghz, memori 2GB RAM, dilengkapi sokongan rangkaian LTE, dan menyertakan kamera belakang 8-megapixel.

Blackberry Z30 menggunakan sistem operasi BlackBerry 10, dan daripada penggunaan kami, ia berfungsi dengan cemerlang tanpa sebarang masalah. Bagi anda yang teknikal, anda turut boleh memasang aplikasi Android dan menggunakannya pada BlackBerry Z30.

Untuk pemberian Amanz x Ramadhan pertama ini, pengguna hanya perlu meninggalkan komen di bawah dengan slogan, “Saya ingin memenangi BlackBerry Z30 kerana…“, dan slogan paling kreatif akan memenangi peranti ini. Beberapa slogan lain turut akan membawa pulang beberapa hadiah misteri daripada pihak BlackBerry Malaysia.

Seperti biasa, giveaway ini dibuka kepada semua yang mempunyai alamat di Malaysia, dan anda akan dihubungi berdasarkan kepada alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen slogan dibawah. Penerimaan komen akan ditamatkan pukul 10 malam (1 Julai).

  • Info
  • Kemaskini 2 Julai 2014/ 11:41PM: Pemenang adalah

    • Hadiah utama BlackBerry Z30: Afq
    • Hadiah misteri: Haziq Ismail, Azizi, Nanadhoi
    • Pemenang juga akan dihubungi melalui emel :)

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd