Cari @ Amanz

Mengambil pentas utama ketika WWDC hari ini, pihak Apple secara rasminya memperkenalkan sistem operasi generasi baru mereka, yang mana akan dikenali dengan nama OS X Yosemite. Apple telah mula menggantikan penggunaan nama keluarga kucing kepada nama-nama lokasi menarik sejak versi sebelum ini, dan perkara ini dilanjutkan kepada versi baru ini.

OS X Yosemite

OS X Yosemite

OS X Yosemite dilihat membawakan perubahan drastik dari segi antaramuka, menggunakan rekaan ikon dan tetingkap yang membawakan warna mendatar – lebih kurang seperti pada iOS 7 sebelum ini. Tetingkap Finder dilihat kini membawakan rekaan sedikit lutsinar, membolehkan pengguna mendapatkan pengalaman penggunaan gambar latar yang lebih baik padanya berbanding sebelum ini. Ikon untuk kawalan tetingkap juga turut menerima kemaskini pada sistem operasi OS X Yosemite ini.

OS X Yosemite

OS X Yosemite

OS X Yosemite

OS X Yosemite

OS X Yosemite

Pihak Apple turut mengatakan sebuah mod gelap khas hadir untuk mereka yang tidak gemarkan menggunakan tema cerah untuk sistem operasi mereka.

Rekaan baru ini juga turut menyertakan sebuah kotak carian Spotlight pada bahagian hadapan, membolehkan pengguna membuat carian pelbagai dokumen, aplikasi, buku alamat, dan sebagainya yang berada didalam komputer mereka, ataupun turut menggunakannya untuk mengakses carian dari Internet.

Dua aplikasi yang turut menerima kemaskini drastik adalah Mail dan juga Safari. Mail kini membolehkan pengguna menghantar fail bersaiz besar – sehingga 5GB melaluinya dimana ia akan disimpan di storan awan untuk dimuat-turun oleh penerima. Perkara ini sekaligus memudahkan pengguna untuk menghantar fail bersaiz besar tanpa masalah, berbanding sebelum ini.

OS X Yosemite

OS X Yosemite

Disamping itu, pelayar web Apple, iaitu Safari turut menerima kemaskini. Kini ia membawakan rekaan yang lebih kemas, dan turut menyertakan integrasi carian yang lebih baik bersama-sama dengannya. Apple turut menekankan yang mana Safari kini menjalankan JavaScript lebih pantas berbanding kebanyakkan pelayar web lain di pasaran.

Apple akan menawarkan OS X Yosemite untuk para pembangun bermula hari ini, dan untuk semua pengguna biasa dalam beberapa bulan lagi. Seperti sebelum ini, OS X Yosemite turut akan ditawarkan sebagai kemaskini percuma untuk semua pengguna.

OS X Yosemite

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd