Cari @ Amanz

Google dilihat membawa Android ke pelbagai jenis peranti sekitar kita, dimana selain berkongsi mengenai Android Wear dan juga Android Auto, pihak Google turut sama mengumumkan secara rasminya mengenai Android TV.

Android TV

Android TV akan turut menggunakan Android “L” sebagai asas mereka dan digunakan bersama-sama sebuah peranti khas yang disambungkan ke televisyen.

Memandangkan ia memfokuskan kepada kaca televisyen, semestinya pengguna ingin menikmati pelbagai kandugan multimedia melaluinya. Seperti biasa, pengguna boleh menikmati pelbagai video, disamping turut melihat beberapa info tambahan mengenai sesuati video atau rancangan yang ditayangkan.

Android TV

Android TV

Pengguna turut boleh menggunakan sokongan input suara, disamping menggunakan beberapa peranti lain – termasuk jam tangan pintar Android Wear untuk mengawal Android TV.

Disamping menikmati video, pengguna turut boleh memainkan pelbagai permainan terus pada kaca televisyen mereka melalui Android TV. Sokongan multiplayer turut disertakan untuk membolehkan pengguna memainkan sesuatu permainan bersama-sama rakan mereka yang lain.

Google turut mengatakan Android TV akan menyertakan sokongan seumpama Chromecast, membolehkan pengguna menjalankan sesuatu kandungan daripada peranti mudah-alih terus ke televisyen. Bersama-sama pengenalan ini, pihak Google turut mengumumkan beberapa rakan kerjasama untuk Android TV, termasuk Sony, Asus dan beberapa yang lain.

Android TV

Android TV

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd