Cari @ Amanz

Kali terakhir pihak Google memperkenalkan perubahan drastik pada antaramuka Android adalah ketika pengenalan Android 4.0 Ice Cream Sandwich yang lepas, dan dengan Google I/O yang menjelang tiba tidak lama lagi, Google dijangka akan memperkenalkan sedikit kemaskini antaramuka untuk Android.

Google Quantum Paper

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada perkara ini akan melibatkan keseluruhan Android, ataupun untuk aplikasi daripada Google sahaja. Walaupun ia hanya melibatkan untuk aplikasi mereka, ia mungkin akan memainkan salah satu peranan utama, memandangkan kebanyakkan aplikasi daripada Google memainkan peranan utama dalam sistem operasi Android.

Mengikut laporan awal daripada Android Police, inisiatif ini dikenali dengan nama kod Quantum Paper, yang mana memfokuskan untuk menyelarikan paparan antaramuka pada versi web dan juga versi aplikasi Android. Google dijangka akan menyediakan sedikit arahan dan info berkaitan dengan antaramuka ini, dan berkongsi dengan pembangun ketika pengenalannya kelak.

Pengenalan Quantum Paper ini dijangka akan memberikan penggunaan dan pengalaman yang konsisten pada pelbagai platform kepada para pengguna.

Sebelum ini, kita sedia melihat sebuah gambar tertiris memperlihatkan rekabentuk baru GMail pada web, selain mana Google yang telah mula memperkenalkan perubahan antaramuka pada aplikasi mereka – bermula daripada Google+.

GMail Web Baru

Google+ Android 4.4

Penggunaan elemen baru pada antaramuka ini dijangka akan diimplementasikan bersama-sama pengenalan Android “L” kelak. Dengan Google yang memperkenalkan versi baru Android setiap tahun, tidak mustahil untuk kita mendengar beberapa perkara baru berkaitan dengannya ketika acara Google I/O yang dijadualkan pada tahun ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd