Cari @ Amanz

Xiaomi telah mula menerima perhatian ramai sejak mereka mula menjual peranti Xiaomi Mi 3 dan juga Mi Powerbank untuk pasaran Malaysia. Terkini, ia dilihat Xiaomi Malaysia bakal menambah dua lagi produk dibawah tawaran mereka tidak lama lagi.

Hugo Barra Xiaomi

Dua produk baru yang akan hadir adalah Xiaomi Redmi 1S dan juga Xiaomi Redmi Note. Kedua-dua produk dibawah keluarga Redmi ini bakal membawakan harga jualan lebih murah berbanding Mi 3 sebelum ini.

Xiaomi Redmi Note merupakan phablet daripada Xiaomi, yang mana membawakan skrin bersaiz 5.5-inci, cip pemprosesan lapan-teras, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel dan ruangan storan sebesar 8GB.

Xiaomi Redmi 1S pula membawakan skrin bersaiz 4.7-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 400, memori sebanyak 1GB RAM, dan hadir dengan ruangan storan sebesar 8GB. Untuk pasaran Malaysia, Xiaomi turut akan menawarkan versi berwarna putih, tetapi ia akan mengambil sedikit masa sebelum diperkenalkan.

Xiaomi Redmi 1S

Kedua-dua peranti ini membawakan sokongan dwi-SIM, membolehkan pengguna menggunakan satu SIM untuk data, dan satu lagi untuk rangkaian 2G.

Xiaomi Malaysia dijangka akan mengumumkan harga jualan dan bilakah ia akan mula dijual di Malaysia pada minggu hadapan. Sementara itu, melalui halaman Facebook rasmi mereka, Xiaomi Malaysia kini sedang menganjurkan pertandingan untuk meneka harga jualan Xiaomi Redmi Note di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd