Cari @ Amanz

Desas-desus berkaitan jam tangan pintar daripada Apple bukanlah sesuatu yang baru. Terkini, menurut laporan baru daripada Reuters, Apple dikatakan bakal memperkenalkan jam tangan pintar mereka seawal Oktober ini, dan memulakan pengeluaran untuknya seawal Julai.

Jam tangan pintar daripada Apple ini dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 2.5-inci, selain turut hadir dengan sokongan skrin sentuh dan juga pengecas tanpa wayar. Untuk pengeluaran fasa ujian, jam tangan pintar ini dikatakan menggunakan skrin daripada LG.

Jam tangan pintar daripada Apple ini juga turut dijangka akan menyertakan sebuah sensor khusus untuk menyemak denyutan jantung – lebih kurang seperti yang terdapat di Gear 2.

Baru-baru ini, pihak Apple turut telah memperkenalkan HealthKit, yang mana sekaligus memberikan idea gergasi perkomputeran tersebut akan hadir dengan peranti boleh-pakai tidak lama lagi.

Sekiranya benar Apple akan memperkenalkan pada bulan Oktober kelak, maka tidak mustahil untuk kita melihat beberapa gambar awal peranti berkenaan tertiris ke arena web dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd