Cari @ Amanz

Microsoft hari ini secara rasminya memperkenalkan satu lagi peranti baru daripada mereka yang berasaskan kepada Android, iaitu Nokia X2. Nokia X2 dilihat merupakan peranti pertama daripada Microsoft yang menyokong dwi-SIM dan menjalankan platform Android, dan menjadi peranti ke-4 dibawah keluarga Nokia X.

Nokia X2

Nokia X2 membawakan rekaan yang lebih kurang menyerupai peranti Nokia X sebelum ini, dan membawakan dua butang kawalan, iaitu butang Home dan juga Back. Sokongan Fastlane seperti sebelumnya turut dikekalkan pada peranti ini.

Dari segi spesifikasi, telefon pintar ini menggunakan cip pemprosesan dwi-teras Snapdragon 1.2GHz, skrin bersaiz 4.3-inci Clearblack, dan kamera belakang 5-megapixel dengan sokongan Flash. Sokongan kamera hadapan turut disertakan untuk memudahkan menjawab panggilan Skype.

Melengkapkan peranti ini adalah sokongan OneDrive denga ruangan storan percuma sebanyak 15GB, aplikasi Line, WeChat, Facebook, dan pelbagai aplikasi lain yang turut boleh didapati daripada Nokia Store. Disamping itu, aplikasi seperti HERE Maps dan MixRadio turut hadir pada peranti ini.

Berkemungkinan kita akan dapat melihat Nokia X2 dipasaran tempatan dalam masa beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd