Cari @ Amanz

Beberapa tahun yang lalu kita ada khidmat pesanan ringkas berwarna. Kemudian syarikat telekomunikasi negara memperkenalkan khidmat pesanan audio ringkas sebelum diikuti pula olej khidmat pesanan ringkas rahsia di antara dua pengguna. Dikhabarkan ketika zaman sebelum telefon pintar, syarikat telekomunikasi mendapat 70% keuntungan kasar mereka dari khidmat pesanan ringkas ataupun SMS.
Gimik-gimik SMS di atas terkubur selepas wujudnya telefon pintar dan kini digantikan pula oleh aplikasi pemesejan seperti WhatsApp dan Line. Sistem SMS kini tidak lagi popular dan kami hanya menggunakannya apabila berlaku gangguan internet pada telefon kami. Kini terpadat khidmat menghantar bau pula bersama-sama dengan mesej ringkas oleh oPhone. Anda boleh menghantar SMS dan gambar yang disertakan sekali dengan bau tertentu. Sistem oPhone mampu menghasilkan 300 000 bau-bauan unik. Untuk menghantar mesej kepada sebuah oPhone, anda menggunakan aplikasi khas oNote. Buat masa ini oPhone dan oNote hanya boleh digunakan pada peranti IOS.  Terdapat perancangan dari pembangun oPhone untuk menggembangkan perhidmatan bau ini ke khidmat lain seperti oSong, oMovie dan oMedia. Dengan kata lain kesemua benda yang boleh dihantar melalui sebuah peranti pintar boleh disertakan dengan bau kepada penerima.

Kami menanti kehadiran oPhone di Malaysia dan akan menghantar gambar Rafflesia kepada mereka-mereka yang kami gemari kelak. Pastinya reaksi yang akan kami terima menjadi menarik.

37057_279026745608550_4785720194546635567_n

Sumber Onotes

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd