Cari @ Amanz

Vertu hari ini telah memperkenalkan satu lagi peranti Android baru dibawah tawaran mereka, yang mana hadir dengan beberapa ciri-ciri eksklusif. Telefon baru yang dinamakan Vertu Signature Touch ini akan mula dijual di pasaran global bermula Jun ini.

Vertu Signature Touch

Vertu Signature Touch ini merupakan buatan tangan, disamping turut menggunakan rekaan berasaskan kulit, kerangka titanium dan juga skrin berasaskan kepada sapphire cyrstal.

Pihak Vertu turut menyediakan perkhidmatan concierge, yang mana menawarkan sokongan bantuan peribadi kepada pengguna yang terdiri daripada beberapa perkhidmatan.

Dari segi spesifikasi, peranti ini menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800 2.3Ghz, skrin bersaiz 4.7-inci dengan paparan HD penuh, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 2.1-megapixel, dan bateri berkapasiti 2275mAh. Vertu Signature Touch turut hadir dengan speaker Bang & Olufsen, selain turut ditawarkan dengan beberapa aksesori khusus untuknya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Vertu Signature Touch berasaskan Android 4.4 KitKat ini akan hadir ke pasaran Malaysia. Peranti ini dijangka akan dijual pada harga lebih RM35,000 di pasaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd