Cari @ Amanz

Adidas mempunyai beberapa perancangan berkaitan peranti memfokuskan kecergasan, dan hari ini mereka secara rasminya memperkenalkan sebuah peranti baru, dinamakan sebagai miCoach Fit Smart.

Adidas miCoach Fit Smart

Peranti yang hadir dalam warna putih dan hitam ini akan memfokuskan kepada mereka yang aktif berlari dan bersenam. Ia turut menyertakan paparan LED, yang mana berubah warna mengikut kepada kesukaran senaman yang dilakukan.

Melengkapkan peranti ini juga adalah tetapan sasaran pencapaian mingguan dan juga bantuan perancangan latihan melaluinya.

Adidas bakal memasarkan miCoach Fit Smart ini bermula hujung bulan hadapan, dan bakal membawa harga sekitar $199 (~RM631).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd