Cari @ Amanz

Pelbagai laporan telah sedia hadir sebelum ini mengatakan pihak Apple akan hadir dengan dua variasi telefon pintar generasi baru mereka – iaitu bersaiz sekitar 4.7-inci dan juga 5.5-inci. Terkini, menurut WSJ, pihak Apple telah membuat tempahan antara 70 juta ke 80 juta unit untuk tahun ini, sekaligus menjadikannya sebagai tempahan terbesar sehingga kini.

Sebelum ini, pada tahun lepas, pihak Apple hanya membuat tempahan sekitar 50 juta ke 60 juta unit sahaja untuk iPhone 5S dan iPhone 5C.

iPhone 6 atau iPhone generasi baru ini selain membawakan rekaan skrin bersaiz besar, ia juga turut dijangka akan membawakan beberapa penambahan lain termasuk perubahan pada rekabentuknya.

Permintaan untuk telefon pintar dengan skrin bersaiz besar boleh dikatakan agak tinggi akhir-akhir ini – dimana pengguna selesa mengikuti kandungan multimedia dan web melaluinya. Pelbagai pengeluar lain telah mula menawarkan peranti flagship mereka pada saiz 5-inci sejak setahun dua yang lepas.

Sekiranya benar pihak Apple menawarkan telefon dengan skrin besar, ia mungkin akan menarik minat lebih ramai pengguna, sekaligus membuatkan mereka beralih ke telefon pintar generasi baru ini kelak.

Apple dijangka akan mengumumkan iPhone 6 ini pada suku tahun akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd