Cari @ Amanz

Facebook hari ini mengumumkan sebuah fungsi baru dinamakan “Save”, yang mana membolehkan pengguna menyimpan sesuatu perkongsian di Facebook, dan melayari dan membacanya pada kemudian masa menggunakan desktop ataupun peranti mudah-alih anda.

Secara kasarnya, ia berfungsi seperti fungsi “Read-It-Later”, tetapi buat masa ini ia hanya meliputi perkongsian di laman Facebook sahaja.

Facebook Save

Facebook Save

Facebook Save

Untuk menyimpan sesuatu perkongsian, pengguna hanya perlu klik pada butang anak panah disesuatu perkongsian status, gambar, pautan dan sebagainya – seterusnya klik pada “Save”. Setiap perkara yang disimpan akan disimpan pada halaman “Save” yang terletak di menu bahagian kiri di web. Pengguna turut boleh mengaksesnya di bahagian Favorites pada aplikasi mudah-alih mereka.

Sokongan ini dijangka akan diperkenalkan pada web, aplikasi iPhone dan Android dalam beberapa hari lagi. Ia juga mungkin tidak mustahil untuk Facebook memperkenalkan butang “Save” untuk keseluruhan web – seperti mana mereka telah buat untuk butang “Like” dan “Share”.

Facebook juga mengatakan mereka akan menambah peringatan pada NewsFeed untuk pengguna menyemak pautan-pautan yang disimpan mereka pada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd