Carian
Gambar NVIDIA Shield Tablet Tertiris – Tablet Memfokuskan Permainan
July 18, 2014 Aman

NVIDIA pada tahun lepas telah memperkenalkan sebuah peranti berupa konsol permainan mudah-alih yang dinamakan sebagai Shield. Dan untuk tahun ini, pihak NVIDIA dilihat ingin membawanya setapak kehadapan dan memperkenalkan ia bersama-sama saiz skrin yang lebih besar.

NVIDIA Shield Tablet

Dinamakan sebagai NVIDIA Shield Tablet, ia telah kedengaran beberapa kali sebelum ini, dan hari ini pihak @evleaks berkongsi sebuah gambar baru memperlihatkan rekabentuk peranti berkenaan.

Peranti ini dilihat membawakan rekaan speaker pada bahagian hadapan dalam menawarkan kesan multimedia yang lebih menarik kepada pengguna. Beberapa peranti sedia menggunakan speaker pada bahagian depan yang telah dipopularkan oleh HTC sebelum ini.

Dari segi spesifikasi, peranti ini dijangka akan menggunakan skrin bersaiz 7.9-inci, dan dilengkapi cip pemprosesan Tegra K1 daripada pihak NVIDIA.

Dengan gambarnya tertiris kini, mungkin kita akan dapat melihat ia diperkenalkan secara rasmi oleh pihak NVIDIA tidak lama lagi.

Komen