Cari @ Amanz

TwitchBeberapa bulan yang lepas, kita telah mendengar yang mana Google sedang dalam perbincangan awal untuk membeli Twitch. Kini, hari ini, pihak GamesBeat melaporkan yang mana pihak Google dan Twitch telah mencapai kata sepakat untuk pengambil-alihan pada harga mencapai $1 Bilion.

Bagi yang tidak mengenali Twitch, ia merupakan salah satu penyedia perkhidmatan penstriman untuk pemain video, membolehkan pengguna yang menggunakan PC, Xbox One dan PlayStation 4 menyiarkan permainan mereka untuk ditonton oleh pengguna lain dengan mudah. Twitch dikatakan mempunyai lebih 50 juta pengguna aktif seluruh dunia, dan dikatakan lebih 13 bilion minit video ditonton melaluinya setiap bulan.

Perkhidmatan Twitch ini dikatakan diambil-alih oleh bahagian YouTube, dan mungkin kita akan dapat melihat integrasi teknologi penstriman Twitch ke dalam YouTube tidak lama lagi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Google akan mengumumkan pengambil-alihan ini secara rasminya, dan apakah perancangan mereka untuk perkhidmatan Twitch. Mungkinkah ia akan dikekalkan secara berasingan seperti Waze sebelum ini, disamping mengintegrasikan beberapa data dan teknologi ke dalam perkhidmatan mereka?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd