Cari @ Amanz

Google hari ini telah mula memperkenalkan kemaskini untuk kedai aplikasi mereka – Google Play Store, dimana melaluinya ia dikemaskini dengan antaramuka yang sedikit membawakan elemen daripada Material Design.

Google Play Store

Kemaskini baru ini dilihat memfokuskan kepada paparan media seperti gambar dan video pada saiz yang lebih besar berbanding sebelumnya, disamping teks yang dilihat lebih kemas dan mudah untuk dibaca.

Menggunakan versi baru ini juga, ia memudahkan pengguna untuk mengetahui siapakah rakan-rakan mereka di Google+ yang turut telah menilai aplikasi berkenaan, selain memudahkan pengguna untuk membaca ulasan, penerangan aplikasi dan sebagainya.

Google Play Store baru ini telah mula diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini, dan pengguna mungkin akan menerimanya dalam beberapa hari lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd