Cari @ Amanz

HTC, selain daripada keluarga peranti One, mereka juga turut mempunyai keluarga peranti Butterfly yang menawarkan peranti berspesifikasi tinggi. Hari ini, mereka telah memperkenalkan versi terbarunya di Jepun, dan mengekalkan nama HTC J Butterfly seperti tahun lepas.

HTC J Butterfly

HTC J Butterfly hadir dengan spesifikasi lebih kurang menyerupai HTC One M8, iaitu hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p, cip pemprosesan Snapdragon 801, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel Duo, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Peranti ini turut hadir dengan sokongan kalis air, disamping menyokong rangkaian 4G LTE.

Ketika pengenalan HTC One M8, salah satu perkara yang dikritik ramai adalah penggunaan Ultrapixel pada kamera belakang dengan sensor kecil, dan nampaknya pihak HTC mengatasi perkara tersebut dengan menggunakan sensor 13-megapixel pada bahagian belakang HTC J Butterfly, disamping mengekalkan sokongan HTC Duo Ultrapixel.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah variasi antarabangsa akan diperkenalkan. Sebelum ini, ia mengambil masa sekitar satu dua bulan sebelum versi antarabangsa diperkenalkan selepas pengenalan HTC J Butterfly di Jepun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd