Cari @ Amanz

Desas-desus mengenai peranti HTC One versi Windows Phone telah diperkatakan sejak daripada tahun lepas. Sejak daripada tahun lepas juga, kita tidak melihat sebarang peranti Windows Phone baru daripada pihak HTC.

HTC One M8

Kini, desas-desus baru hadir, mengatakan yang mana pihak HTC akan hadir dengan telefon pintar Windows Phone mereka berspesifikasi tinggi dan akan menggunakan rekaan seperti HTC One M8 yang telah diperkenalkan beberapa bulan yang lepas.

Perkara ini juga selari dengan sokongan kerangka interaktif yang bakal dibawakan oleh Windows Phone 8.1 Update 1 kelak, dimana HTC turut melengkapkan peranti berspesifikasi tinggi mereka dengan sebuah aksesori khusus dinamakan Dot View Case.

Apa pun, buat masa ini, maklumat lanjut mengenai spesifikasi dan sokongan yang akan dibawakan olehnya masih menjadi tanda tanya. Pelbagai persoalan termasuk apakah jenis kamera yang akan digunakan mungkin terjawab apabila pihak HTC memperkenalkannya dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd