Cari @ Amanz

Mungkin kebanyakkan ibu bapa yang mempunyai anak kecil pernah mendengar mengenai InstaB. Aplikasi yang ditawarkan untuk Android dan iOS tersebut kini memperluaskan sokongan platform mereka dengan memperkenalkannya untuk Android Wear.

InstaB  Android Wear

InstaB membolehkan para ibu bapa untuk merakamkan gambar anak-anak mereka, dan menambah beberapa kesan khas serta info diatasnya. Gambar tersebut boleh disimpan, dikongsikan, selain menggunakan aplikasi sama juga ibu bapa boleh berinteraksi dengan ibu bapa lain.

Dengan pengenalan Android Wear baru-baru ini oleh Google, kini pembangun InstaB turut menyertakan sokongan untuknya, membolehkan pengguna yang mempunyai jam tangan pintar Android Wear seperti LG G Watch atau Samsung Gear Live untuk mengikuti notifikasi dan beberapa perkara lain terus pada jam tangan pintar mereka.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi InstaB mereka kepada versi terkini, dan menikmati fungsi yang ditawarkan ini.

Buat masa ini, di Malaysia tiada lagi jam tangan pintar Android Wear yang ditawarkan secara rasmi. Mungkin ia akan mengambil masa beberapa bulan lagi sebelum hadir. Namun, ia agak menarik untuk melihat para pembangun tempatan kini turut mengemaskini aplikasi mereka dengan pantas dan menyokong pelbagai peranti untuk kemudahan pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd